Wednesday, December 12, 2018

Watak + Perwatakan Watak Sampingan Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(a)
Watak dan perwatakan watak sampingan dalam novel Bimasakti Menari .



Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Bimasakti Menari , karya Sri Rahayu Mohd Yusop ,  watak sampingan turut memainkan peranan sebagai pelengkap jalan cerita .
 Antara watak sampingan di dalam novel ini ialah Muhammad Taufik .


Antara watak dan perwatakan watak sampingan ialah seorang yang baik hati . Contohnya ,
Muhammad Taufik baik hati dengan menghantar rakan baiknya , Budiman pulang ke rumah setelah  hari perkhemahan tamat .


Selain itu , watak sampingan seorang yang mempunyai perwatakan mahir dalam bidang sains .  Contohnya , Muhammad Taufik telah membina sendiri Rumah TeknoAlam miliknya yag bercirikan  pelbagai teknologi mesra alam seperti panel suria .


Akhir sekali , watak sampingan merupakan seorang watak yang kekurangan kasih sayang kedua ibu  bapanya sewaktu membesar . Contohnya , Muhammad Taufik dibesarkan oleh ibunya sewaktu dewasa apabila dia pulang ke tanah air , tinggal bersama bapanya .

No comments:

Post a Comment

Pembezaan Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih & Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(b) Pembezaan latar masyarakat novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti menari . Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pant...