Wednesday, December 12, 2018

Perwatakan Watak Utama Novel Pantai Kasih

Soalan 4(a)
Perwatakan watak utama di dalam novel Pantai Kasih .



Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin , terdapat pelbagai  perwatakan watak utama dikembangkan di sepanjang jalan cerita .


Antara perwatakan watak utama ialah watak utama merupakan seorang yang tabah dalam
menongkah arus kehidupan . Contohnya , watak utama , Doktor Raiha tabah menongkah arus  kehidupan setelah dia kehilangan anaknya yang tersayang iaitu Ayu di dalam suatu tragedi letupan kereta oleh suaminya , Doktor Sadiz sendiri .


Selain itu , watak utama merupakan seorang yang sentiasa membantu orang yang berada dalam  kesusahan hidup . Contohnya , Doktor Raiha sering membantu Felicia Landosi yang menghadapi  kesukaran mendapatkan pengangkutan dengan cara menghantarnya pulang dari tempat kerja sehingga Felicia mempunyai kenderaannya sendiri .


Seterusnya , watak utama merupakan seorang yang menjalankan tugas dengan penuh kejujuran .  Contohnya , Doktor Raiha jujur dalam menjalankan tugasnya dengan cara menggunakan sendi  tulang pinggul yang sebenar sewaktu pembedahan sendi tulang pinggul keenam pesakit yang bernama Unong Siron .

11 comments:

Pembezaan Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih & Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(b) Pembezaan latar masyarakat novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti menari . Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pant...