Wednesday, December 12, 2018
Pembezaan Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih & Novel Bimasakti Menari
Soalan 4(b)
Pembezaan latar masyarakat novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti menari .
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rohayu Mohd Yusop , terdapat pembezaan latar masyarakat digunakan untuk memberikan v ariasi kepada jalan cerita .
Antara pembezaan latar ,masyarakat yang dikemukakan oleh pengarang di dalam novel Pantai Kasih ialah mayarakat yang tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membunuh anaknya sendiri melalui letupan kereta yang telah dirancang olehnya sendiri kerana tidak mahu menerima kenyataan bahawa anaknya , Ayu mengalami Sindrom Down . Lain pula di dalam novel Bimasakti Menari , pengarang mengemukakan masyarakat yang berperikemanusiaan . Contohnya , Budiman dan Nurul Hafsa berkemanusiaan dengan cara segera menyelamatkan Muhammad Taufik yang dicederakan oleh perompak sehingga dia mengalami kecederaan parah dengan cara mencari dan menelefon ambulans membawanya dan menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan .
Selain itu , di dalam novel Pantai Kasih , masyarakat yang tidak mempunyai hubugan kekeluargaan yang erat telah disisipkan olrh pengarang . Contohnya , bapa Doktor Raiha tidak memberikan sebarang sokongan kepada Raiha yang berhasrat untuk menjadi seorang pakar perubatan . Malah , bapanya bertindak mengatakan bahawa tugasan pakar perubatan itu tidak sesuai untuk kaum wanita . Manakala di dalam novel Bimasakti Menari pula , pengarang telah sisipkan latar masyarakat yang mempunyai hubungan kekluargaan yang erat . Contohnya , bapa Nurul Hafsa , Haji Yassir sanggup menemani anaknya ke sungai Kampung Kuantan pada waktu malam dan memberikan nasihat kepada anaknya ketika handak menelusuri sungai itu seorang diri .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembezaan Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih & Novel Bimasakti Menari
Soalan 4(b) Pembezaan latar masyarakat novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti menari . Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pant...
-
Soalan 4(b) Pengajaran berkaitan semangat kerjasama di dalam novel Pantai Kasih dan Bimasakti Menari . o Berdasarkan dua buah novel ...
-
Soalan 4 (a) Peristiwa yang memberikan pengajaran di dalam novel Pantai Kasih . Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu...
-
Soalan 4(b) Nilai tanggungjawab dalam novel Bimasakti Menari . Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Bimasakti ...
Harrah's Cherokee Casino and Hotel - Mapyro
ReplyDeleteGet directions, reviews 충주 출장마사지 and information 여주 출장마사지 for Harrah's 서산 출장샵 Cherokee Casino and Hotel in Cherokee, NC. River 남원 출장샵 Spirit 문경 출장샵 Casino Resort Hotel.