Soalan 4(b)
Nilai tanggungjawab dalam novel Bimasakti Menari .
Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop , terdapat nilai tanggungjawab di dalam nvel tersebut .
Antara nilai tanggungjawab ialah nilai tanggungjawab dalam menjalankan tugasan . Contohnya ,
Nurul Hafsa yang bertanggungjawab dalam mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor agar
banyak buruj dapat dilihat seperti dahulu semula .
Selain itu , tanggungjawab bapa terhadap anak kandungnya . Sebagai contoh , Tan Sri Muhaimin iaitu
bapa kepada Muhammad Taufik tetap bertanggungjawab dalam menjaga anak tungalnya itu
walaupun dia telah bercerai dengan isterinya , Maryam Abdullah .
Seterusnya , tanggungjawab terhadap alam sekitar . Contohnya , Muhammad Taufik sanggup
melabur jutaan ringgit demi menyelamatkan spesies kelip-kelip dengan cara membeli dan memagar
kawasan tersebut kerana nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar yang mendalam .
Akhir sekali , tanggungjawab seorang ibu kepada anak . Contohnya , Maryam Abdullah yang
bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anaknya , Muhammad Taufik di
Otago , New Zealand walaupun telah bercerai dengan suaminya , Tan Sri Muhaimin .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembezaan Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih & Novel Bimasakti Menari
Soalan 4(b) Pembezaan latar masyarakat novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti menari . Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pant...
-
Soalan 4(b) Pengajaran berkaitan semangat kerjasama di dalam novel Pantai Kasih dan Bimasakti Menari . o Berdasarkan dua buah novel ...
-
Soalan 4 (a) Peristiwa yang memberikan pengajaran di dalam novel Pantai Kasih . Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu...
-
Soalan 4(b) Nilai tanggungjawab dalam novel Bimasakti Menari . Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Bimasakti ...
No comments:
Post a Comment