Wednesday, December 12, 2018

Pembezaan Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih & Novel Bimasakti Menari


Soalan 4(b)
Pembezaan latar masyarakat novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti menari .



Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rohayu Mohd Yusop , terdapat pembezaan latar masyarakat digunakan untuk memberikan v ariasi kepada jalan cerita .


Antara pembezaan latar ,masyarakat yang dikemukakan oleh pengarang di dalam novel Pantai Kasih  ialah mayarakat yang tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membunuh anaknya sendiri melalui  letupan kereta yang telah dirancang olehnya sendiri kerana tidak mahu menerima kenyataan bahawa  anaknya , Ayu mengalami Sindrom Down . Lain pula di dalam novel Bimasakti Menari , pengarang  mengemukakan masyarakat yang berperikemanusiaan . Contohnya , Budiman dan Nurul Hafsa  berkemanusiaan dengan cara segera menyelamatkan Muhammad Taufik yang dicederakan oleh  perompak sehingga dia mengalami kecederaan parah dengan cara mencari dan menelefon ambulans membawanya dan menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan .


Selain itu , di dalam novel Pantai Kasih , masyarakat yang tidak mempunyai hubugan kekeluargaan yang erat telah disisipkan olrh pengarang . Contohnya , bapa Doktor Raiha tidak memberikan  sebarang sokongan kepada Raiha yang berhasrat untuk menjadi seorang pakar perubatan . Malah ,  bapanya bertindak mengatakan bahawa tugasan pakar perubatan itu tidak sesuai untuk kaum wanita . Manakala di dalam novel Bimasakti Menari pula , pengarang telah sisipkan latar masyarakat yang  mempunyai hubungan kekluargaan yang erat . Contohnya , bapa Nurul Hafsa , Haji Yassir sanggup  menemani anaknya ke sungai Kampung Kuantan pada waktu malam dan memberikan nasihat kepada  anaknya ketika handak menelusuri sungai itu seorang diri .

Perwatakan Watak Utama Novel Pantai Kasih

Soalan 4(a)
Perwatakan watak utama di dalam novel Pantai Kasih .



Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin , terdapat pelbagai  perwatakan watak utama dikembangkan di sepanjang jalan cerita .


Antara perwatakan watak utama ialah watak utama merupakan seorang yang tabah dalam
menongkah arus kehidupan . Contohnya , watak utama , Doktor Raiha tabah menongkah arus  kehidupan setelah dia kehilangan anaknya yang tersayang iaitu Ayu di dalam suatu tragedi letupan kereta oleh suaminya , Doktor Sadiz sendiri .


Selain itu , watak utama merupakan seorang yang sentiasa membantu orang yang berada dalam  kesusahan hidup . Contohnya , Doktor Raiha sering membantu Felicia Landosi yang menghadapi  kesukaran mendapatkan pengangkutan dengan cara menghantarnya pulang dari tempat kerja sehingga Felicia mempunyai kenderaannya sendiri .


Seterusnya , watak utama merupakan seorang yang menjalankan tugas dengan penuh kejujuran .  Contohnya , Doktor Raiha jujur dalam menjalankan tugasnya dengan cara menggunakan sendi  tulang pinggul yang sebenar sewaktu pembedahan sendi tulang pinggul keenam pesakit yang bernama Unong Siron .

Watak + Perwatakan Watak Sampingan Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(a)
Watak dan perwatakan watak sampingan dalam novel Bimasakti Menari .



Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Bimasakti Menari , karya Sri Rahayu Mohd Yusop ,  watak sampingan turut memainkan peranan sebagai pelengkap jalan cerita .
 Antara watak sampingan di dalam novel ini ialah Muhammad Taufik .


Antara watak dan perwatakan watak sampingan ialah seorang yang baik hati . Contohnya ,
Muhammad Taufik baik hati dengan menghantar rakan baiknya , Budiman pulang ke rumah setelah  hari perkhemahan tamat .


Selain itu , watak sampingan seorang yang mempunyai perwatakan mahir dalam bidang sains .  Contohnya , Muhammad Taufik telah membina sendiri Rumah TeknoAlam miliknya yag bercirikan  pelbagai teknologi mesra alam seperti panel suria .


Akhir sekali , watak sampingan merupakan seorang watak yang kekurangan kasih sayang kedua ibu  bapanya sewaktu membesar . Contohnya , Muhammad Taufik dibesarkan oleh ibunya sewaktu dewasa apabila dia pulang ke tanah air , tinggal bersama bapanya .

Peristiwa + Pengajaran Novel Pantai Kasih

 Soalan 4 (a)
Peristiwa yang memberikan pengajaran di dalam novel Pantai Kasih .




Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin , pelbagai  peristiwa yang memberi pengajaran disisi bagi melengkapkan jalan cerita .


Antara peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa kegigihan dalam menjalankan sesuatu  perkara . Contohnya , Doktor Uwang gigih membangunkan empayar Pusat Rawatan Pantai Kasih . Hal ini kerana Pusat Rawatan Pantai Kasih bermula daripada sebuah pusat rawatan kecil sehingga menjadi sebuah pusat rawatan eksklusif yang terkemuka sewaktu berada di bawah kendalian Doktor Uwang .


Selain itu , peristiwa ketabahan dalam menghadapi sikap tidak berperikemanusiaan yang diberikan  oleh keluarga sendiri . Contohnya , peristiwa Doktor Raiha tabah dalam menghadapi desakan  daripada suami untuk menggugurkan kandungannya . Hal ini kerana , anak merupakan anugerah daripada Tuhan dan tidak seharusnya dibunuh untuk kepentingan diri sendiri .

Pengajaran Semangat Kerjasama Novel Pantai Kasih dan Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(b)
Pengajaran berkaitan semangat kerjasama di dalam novel Pantai Kasih dan Bimasakti Menari .
o







Berdasarkan dua buah novel yang telah saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop , terdapat pelbagai pengajaran berkaitan dengan semangat  kerjasama dalam jalan cerita .




Di dalam novel Pantai Kasih , terdapat pengajaran kita mestilah bekerjasama dalam menjalankan  tugasan . Contohnya , Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama dalam menjalankan  pembedahan kecemasan terhadap Doktor Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan .



Selain itu , di dalam novel Bimasakti Menari pula terdapat pengajaran kita hendaklah bekerjasama  dalam memberi sumbangan terhadap alam sekitar . Contohya , Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik  bekerjasama dalam menjayakan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap untuk megembalikan semula  kegelapan langit di Kuala Selangor .

Persoalan Kasih Sayang Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(a)
Persoalan kasih sayang di dalam novel Bimasakti Menari .



Berdasarkan novel yang saya pelajari , iaitu Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop , terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dipaparkan oleh pengarang .


  Antaranya ialah , persoalan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya . Contohnya , Haji Yassir iaitu bapa Nurul Hafsa sayang akan anaknya Nurul Hafsa dengan memberikan nasihat kepada anak gadisnya itu sebelum pergi menelusuri sungai di Kampung Kuantan tanpa bapanya di sisi .


Selain itu , persoalan kasih sayang seorang terhadap alam sekitar . Contohnya , Muhammad Taufik amat menjaga dan menyayangi alam sekitar sehingga sanggup membelanjakan wang yang besar untuk membina rumah mesra alam miliknya , iaitu Rumah TeknoAlam .

Nilai Tanggungjawab Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(b)
Nilai tanggungjawab dalam novel Bimasakti Menari .


 Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop , terdapat nilai tanggungjawab di dalam nvel tersebut .


 Antara nilai tanggungjawab ialah nilai tanggungjawab dalam menjalankan tugasan . Contohnya , Nurul Hafsa yang bertanggungjawab dalam mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor agar banyak buruj dapat dilihat seperti dahulu semula .


Selain itu , tanggungjawab bapa terhadap anak kandungnya . Sebagai contoh , Tan Sri Muhaimin iaitu bapa kepada Muhammad Taufik tetap bertanggungjawab dalam menjaga anak tungalnya itu walaupun dia telah bercerai dengan isterinya , Maryam Abdullah .


Seterusnya , tanggungjawab terhadap alam sekitar . Contohnya , Muhammad Taufik sanggup melabur jutaan ringgit demi menyelamatkan spesies kelip-kelip dengan cara membeli dan memagar kawasan tersebut kerana nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar yang mendalam .


 Akhir sekali , tanggungjawab seorang ibu kepada anak . Contohnya , Maryam Abdullah yang bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anaknya , Muhammad Taufik di Otago , New Zealand walaupun telah bercerai dengan suaminya , Tan Sri Muhaimin .

Pembezaan Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih & Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(b) Pembezaan latar masyarakat novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti menari . Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pant...