Sunday, December 9, 2018

LatarMasyarakat + Contoh Novel Bimasakti Menari

 Soalan 4(a)
Latar Masyarakat Berserta Contoh Novel Bimasakti Menari.



Berdasarkan novel yang telah saya pelajari , Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop , terdapat dua latar masysarakat berserta contoh diperolehi .

Latar masyarakat yang diperolehi ialah masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain . Contohnya , Muhammad Taufik membantu Budiman dengan cara menghantarnya pulang ke rumah setelah tamat perkhemahan pengakap . Selain itu , Muhammad Taufik sanggup membantu Nurul Hafsa dalam menjayakan projek Kawasan Langit Gelap Kuala Selangor dengan menyalurkan bantuan kewangan . Akhir sekali , Nurul Hafsa dan Budiman membantu Muhammad Taufik yang cedera parah di bahagian rusuk setelah kembali dari menunaikan solat Isyak dengan cara mencari dan menghantarnya ke hospital .

Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang sains . Contohnya , Muhammad Taufik menggunakan konsep sains dalam membina Rumah Ikhtiar Teknoalam miliknya . Selain itu , Nurul Hafsa merupakan lepasan jurusan fizik dan kaji falak . Akhir sekali , ibu Muhammad Taufik , Marion Wickham merupakan wakil alam sekitar di Jepun di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .

No comments:

Post a Comment

Pembezaan Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih & Novel Bimasakti Menari

Soalan 4(b) Pembezaan latar masyarakat novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti menari . Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pant...